Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Aku Kehilangan Kata

by - 9:12 PM

Pertama kali aku hilang kata. Pertama kali aku tidak mampu bermadah. Pertama kali aku rasa tiada kata disekelilingku. Pertama kali aku jadi buntu.

Saat jawapan ku terima, aku seperti menerima letupan. Saat seakan berhenti. Cahaya seperti kelam. Bunyi seakan bisu. Aku terduduk. Aku tertunduk. Aku terdiam. Ini jawapan dari mu Ya Allah. Allah bantu aku terus ke pilihan jawapan yang tepat. Aku tersentak. Aku terkejut. Kenapa ini jawapannya? Aku tahu aku harus melangkah pergi ke arah jawapan itu. Tapi aku terasa lemah. Langkahku longlai. Jiwa seakan luruh. Semangat terasa lusuh.

Sedaya upaya aku. Mendongak langit. Mencari semangat di sebalik awan. Aku bangun walaupun terasa lemah. Ya, ini jawapan yang tepat. Allah bantu aku, kenapa aku perlu berbalik. Ya, ini jawapan yang aku wajib pilih. Aku melangkah. Langkah demi langkah aku terasa semangatku pergi. Aku gagahi demi hati ini.

Dalam langkahku aku tertanya. Kenapa. Mengapa. Apa. Bagaimana.

Dalam sibuk aku tertanya-tanya.  Satu bisikan ku terima. Katanya, “sekali lagi kau bertemu dengan yang salah. Bukan niat menyeksakan. Bukan niat memberi derita. Semua kerana, kau perlu belajar. Kau perlu memahami. Kau perlu sedar. Kau tak boleh berhenti bersyukur. Ini permainan hidup. Kau takkan sedar dan belajar kalau kau tak terluka. Ini hadiah buat kau.” Ya, aku patut bersyukur. Allah Tarik jauh aku dari orang yang salah. Allah bagi aku belajar menghargai. Allah bagi ujian sebab aku lalai.

Marah bertukar menjadi sejuk. kini aku menanti hikmah disebalik ini. Hebatnya penangan dia sampai aku hilang kata. Namun lagi hebat cara Allah membawaku ke arah kebaikan.


Teka-teki hatimu, aku dapat selesaikan. Walaupun ianya seakan berdansa sama, kejujuranmu membuat aku terpaksa pergi. Semua itu tiada lagi makna, biarlah aku berundur.


You May Also Like

2 comments

  1. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya dan setiap perencanaan Allah itu bersebab dan bukannya sekadar bersuka2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah waheeda wahid: terima kasih. yep, perancangan Allah, cantik dan penuh hikmah, cuma belum nampak sepenuhnya.

      Delete