Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Pena Aku Condong

by - 7:19 PM


Aku pegang pena, condong. Aku menaip seperti patuk ayam. Aku tak mampu berpuitis, jauh sekali bermadah ayat cinta, meluah rasa.  Aku manusia biasa, yang tiada upaya luar biasa.  Tika aku gembira, aku juga tersilap langkah akhirnya jatuh.  Namun itu bukan sebab untuk aku terus jatuh.  Sekuat – kuat aku, aku juga tidak kuat dalam setengah perkara dan mungkin beberapa perkara.  Aku ialah aku. Dan aku ialah aku.

Terburu – buru itu lah aku.  Kesimpulan sebelum pendahuluan itulah aku.  Markah diberi kosong. Bagaimana mahu penuh, andai segalanya salah.  Langkah aku tidak cekap, pandangan aku kabur.  Kadang aku lebih rela terduduk, dari terus bangkit dan tempuh sesuatu yang tidak pasti.  Menyesal tiada guna, ini bukan perahu yang boleh diundur.

Apa aku mampu, hanya maaf dan penyesalan.  Aku sahabat yang tidak boleh menjadi sahabat.  Doa aku buat sahabat, semoga bahagia bersama kamu.  Semoga kejayaan buat kamu.  Semoga segala yang baik buat kamu.  Biar aku tersalah kali ini, jangan tinggalkan aku hari ini.  Tersenyum kamu sahabat, senyum jugaklah aku buat kamu.  Andai satu hari nanti kamu bersedih, jangan fikir kamu seorang kerana ada aku berasama kamu.  Jangan fikir hati aku kerana aku hanya ingin kamu bahagia.  Pusing belakang, lihatlah aku.  Sepasang telinga aku pinjamkan untuk mendengar.  Bahu kurus aku alaskan supaya kamu kuat.  Jari kecil aku khidmatkan untuk kesat air matamu.  Ingat sahabat, senyum kamu, senyum aku. Bahagia kamu, bahagia aku. Susah kamu, susah aku.  Sakit kamu, sakit aku.  Sedih kamu, sedih juga aku.


Meski aku tidak sepenuh mengenal kamu, tapi aku tahu kamu sahabat yang baik.  Terima kasih hadir dalam hidup aku.  Terima kasih sudi mengenal aku sebagai sahabat kamu.

You May Also Like

0 comments