Powered by Blogger.

=) They Follow My Stories (=

Kadang Cinta itu Hanya Indah Untuk Dipandang dan Bukan Untuk Dimiliki

by - 12:46 AM

Assalamualaikum !! I just found this !! rasa macam faham je perasaan penulis ni. so saja nak share dalam blog one dua three cakk ni a.k.a blog buruk Cik RN. hehe. so jom baca. kalau nak baca lah. k (:

Klik pada gambar untuk besarkan image :)

**********

Megahnya engkau melangkah di atas pentas.  Sorakan yang engkau terima tidak pernah sunyi.  saat kau melangkah, peminat-peminatmu tidak pernah surut menantikanmu.  Bahagianya dia dengan senyumannya. Seronoknya dia dengan tawanya.  Beribu orang mahukan kamu. Cakap saja kamu, semua mahu.

Aku di antara ramainya mereka. Bersorakkan kamu tapi aku diam. Aku melihat kamu dengan tiada suara. Aku mengkagumi kamu tanpa jeritan.  Aku si compang camping.  Aku si selipar jepun. Aku si kain perca.  Tidak layak aku seperti mereka untuk menjerit, bersorak menginginkan kamu.  Cukup sahaja bagi aku mengkagumi kamu dengan caraku begini.

Meskipun aku hanya insan biasa yang bila berdiri dengan kamu tidak sama tinggi dan duduk jugak tidak sama rendah, aku masih punya sekeping hati.  Aku tidak dapat lari dari hadirnya rasa yang asing. Buat pertama kali dan terakhir kali.  Aku tidak ingin rasa asing menguasai hati dan jiwa. Aku tetapkan hatiku agar tidak akan hadir lagi rasa itu. Bukan aku mahukan kamu. Hanya aku tidak tahu bagaimana rasa itu harus terhapus.

Peramah kamu, memikat ramai.  Engkau hulurkan satu tangan, beribu datang berjabat. Aku di antara ribuan itu.  Apabila engkau seakan menghulurkan tangan, aku tersedar. Aku berselipar jepun, baju aku bertampal, aku tidak layak, tempat aku bukan di sini, jangan impikan huluran tangan itu, jangan pernah berangan tangan dijabat.

Akhirnya aku lari. Akhirnya aku pergi. Akhirnya aku sedar, seseorang lain yang sudah sedia menerima siapa aku.  Aku terpujuk dengan dia.  Aku mencuba hati ini untuk dia. Aku hanya insan lemah yang sering kali buat kesilapan.  Tapi aku berharap kali ini bukan lagi kesilapan.

Kini aku melihat kamu dari jauh. Terkadang aku bingung, bagaimana cara agar rasa ini terhapus, kerana aku sedar rasa ini tidak sepatutnya hadir buat diriku. Namun aku belajar menerima, aku belajar apa itu cinta dan apa kesannya.  Engkau hanya indah dipandang, dikagumi tapi bukan untuk dimiliki.  Berdoa aku semoga engkau temu yang ikhlas di antara ribuan itu.  Berharap aku semoga engkau sentiasa bahagia dengan pilihanmu. Aku di sini sentiasa mendoakan kamu walau kamu tidak aku miliki.  Kini aku sedar, Allah tetap aku untuk mengenali kamu agar aku mampu belajar sesuatu agar aku lebih matang dalam kehidupan.


Kalau tidak mahu dihina,
 jangan dekat dengan orang berada.
Kalau ingin hidup bahagia,
ikhlaskan hati dalam apa jua.

You May Also Like

1 comments