Hidup dalam mimpi. Siapa kata tak
boleh? Siapa kata tak indah?
Boleh.
Indah.
Mimpi. Satu masa yang singkat. Tapi segalanya seakan benar hidup. Hidup. Hidup
subur. Rasanya bahagia. Bahagia. Walaupun sementara. Tetap rasanya sebuah
perjalanan.
Dalam mimpi. Engkau aku yang tak
pernah wujud di alam realiti. Kita. Kita
hanya hidup di dalam mimpi. Di dalam
mimpi itu, kita bahagia. Bahagia. Senyum
yang terukir. Gelak tawa yang menghias. Cukup
menangkap imaginasi bahawa itu kebahagiaan.
Siapa kata tak bahagia hidup dalam mimpi? Bahagia. Benar. Walaupun hanya
mimpi.
Kadang mimpi itu hadir tanpa ada rindu sebelumnya, tanpa ada memori
sebelumnya, bukan juga tanpa ingatan sebelum tidur. Ia hadir sebagai mimpi. Ia hidup
sebentar di alam mimpi. Allah pinjamkan
kebahagiaan dalam mimpi. Kebahagiaan sementara. Ya, kebahagiaan. Alhamdulillah.
Realiti. Jarak semakin melebar. Ingatan
semakin menipis. Memori semakin
pudar. Aku tidak menuding sesiapa. Mungkin coretan cerita kita sudah kering
penanya.