H I DU P . K E L U A R G A . K A W A N . C I N T A . M U S U H. : a k u y a n g d i d a l a m p e r j a l a n a n h i d u p : Share Tweet Pin Share No comments
Rasa ini sudah lama, Sudah lama. Kadang aku terfikir juga, Rasa ini sampai bila. Kadang aku fikir sudah lupa. Namun tanpa diundang ia menjelma. Mengapa susah benar rasanya, Melupakan sebuah cinta. Kau aku, Kini seperti kaku, Tidak seperti dulu. Kita masing-masing, Berada di dunia yang asing. Adakah kita akan terus kaku menjadi batu. Adakah kita akan terlupa membilang dan akhirnya hilang. : pena_condong Share Tweet Pin Share No comments
Di saat aku melangkah perlahan, Aku tidak sedar aku terpijak kaca serpihan-serpihan. Di saat aku berlari dengan laju, Aku tidak perasan aku tersadung kerana batu. Ada matahari. Ada hujan. Ada pelangi. Ada bulan. Sudah jauhkah aku melangkah? Atau aku baru sahaja memulakan langkah? Lihat genggaman aku, mengapa berdarah? Di depan ini bukit. Apakah yang menanti aku disebelah sana? Indah atau sakit? Share Tweet Pin Share No comments