Assalamualaikum !! I just found this !! rasa macam faham je perasaan penulis ni. so saja nak share dalam blog one dua three cakk ni a.k.a blog buruk Cik RN. hehe. so jom baca. kalau nak baca lah. k (:
**********
Megahnya engkau
melangkah di atas pentas. Sorakan yang
engkau terima tidak pernah sunyi. saat
kau melangkah, peminat-peminatmu tidak pernah surut menantikanmu. Bahagianya dia dengan senyumannya. Seronoknya
dia dengan tawanya. Beribu orang mahukan
kamu. Cakap saja kamu, semua mahu.
Aku di
antara ramainya mereka. Bersorakkan kamu tapi aku diam. Aku melihat kamu dengan
tiada suara. Aku mengkagumi kamu tanpa jeritan.
Aku si compang camping. Aku si
selipar jepun. Aku si kain perca. Tidak layak
aku seperti mereka untuk menjerit, bersorak menginginkan kamu. Cukup sahaja bagi aku mengkagumi kamu dengan
caraku begini.
Meskipun aku
hanya insan biasa yang bila berdiri dengan kamu tidak sama tinggi dan duduk
jugak tidak sama rendah, aku masih punya sekeping hati. Aku tidak dapat lari dari hadirnya rasa yang
asing. Buat pertama kali dan terakhir kali.
Aku tidak ingin rasa asing menguasai hati dan jiwa. Aku tetapkan hatiku
agar tidak akan hadir lagi rasa itu. Bukan aku mahukan kamu. Hanya aku tidak
tahu bagaimana rasa itu harus terhapus.
Peramah kamu,
memikat ramai. Engkau hulurkan satu
tangan, beribu datang berjabat. Aku di antara ribuan itu. Apabila engkau seakan menghulurkan tangan,
aku tersedar. Aku berselipar jepun, baju aku bertampal, aku tidak layak, tempat
aku bukan di sini, jangan impikan huluran tangan itu, jangan pernah berangan
tangan dijabat.
Akhirnya aku
lari. Akhirnya aku pergi. Akhirnya aku sedar, seseorang lain yang sudah sedia
menerima siapa aku. Aku terpujuk dengan
dia. Aku mencuba hati ini untuk dia. Aku
hanya insan lemah yang sering kali buat kesilapan. Tapi aku berharap kali ini bukan lagi
kesilapan.
Kini aku
melihat kamu dari jauh. Terkadang aku bingung, bagaimana cara agar rasa ini
terhapus, kerana aku sedar rasa ini tidak sepatutnya hadir buat diriku. Namun aku
belajar menerima, aku belajar apa itu cinta dan apa kesannya. Engkau hanya indah dipandang, dikagumi tapi
bukan untuk dimiliki. Berdoa aku semoga
engkau temu yang ikhlas di antara ribuan itu.
Berharap aku semoga engkau sentiasa bahagia dengan pilihanmu. Aku di
sini sentiasa mendoakan kamu walau kamu tidak aku miliki. Kini aku sedar, Allah tetap aku untuk
mengenali kamu agar aku mampu belajar sesuatu agar aku lebih matang dalam
kehidupan.
Kalau tidak
mahu dihina,
jangan dekat dengan orang berada.
Kalau ingin
hidup bahagia,
ikhlaskan
hati dalam apa jua.