jari jemarinya tidak berhenti dari terus menaip. ya, tapi apa yang ditaip olehnya? menaip untuk meluahkan segala rasa. menaip untuk menjelaskan segala keadaan yang sebenar. dia luahkan segala perasaan di dalam setiap baris ayat yang ditaipnya. sehabis baik mungkin cuba ditulisnya agar rasa itu terasa wujud setiap kali dibaca. segala rasa diseru agar rasanya diceritakan bagai kisahnya punyai nyawa. baris ke baris yang lain terus diceritakan olehnya dengan penuh perasaan. rasa takut, geram, sayang dan rindu telah bercampuk aduk menjadi satu.
sedar tidak sedar sudah satu jam dia berada di depan kekasih hatinya, lappy. kisahnya semakin memuncak. jari jemarinya semakin pantas menaip dengan penuh perasaan yang pernah dialaminya. kisahnya ini bakal sampai ke penghujungnya dan akan terluah juga segala rasa dan kisah yang tersembunyi di celah-celah hati kecil itu. ketukan-ketukan yang sebentar tadi menjadi muzik latar kepada dia telah hilang, keadaan sunyi sepi. tiba-tiba, satu keluhan nafas lega kedengaran. dia menghembuskan nafas lega kerana kisah yang ingin ditaipnya telah sampai ke penghujungnya. jari jemarinya digemgam dan buka kembali berulang kali bagi menghilangkan rasa-rasa sengal akibat sebentar tadi.
dia tersenyum kerana akal, hati serta jari jemarinya dapat bekerjasama untuk meluakan segala rasa ini. dia berkata, "pasti pembaca akan rasa kisah ini hidup tiap kali mereka membacanya." tiba-tiba dahinya berkerut, senyumnya mati. hatinya tidak sampai hati. akal warasnya kembali. tidak, dia tidak sepatutnya jelaskan ini kepada semua. tiada guna sebenarnya. satu bisikan dalam hati berkata, "biarkan ia terjadi sepertinya dan sebaiknya." ya, biarkan semua ini berlaku dengan sendirinya. tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. tiada apa yang perlu difikirkannya lagi. watak dia sudah hilang dan pastinya sudah tiada. dia sudah mati !
yeah, betul kan? tiada gunanya lagi. biarkan ia berlaku sebaiknya seperti apa yang telah ditetapkan oleh qada' dan qadar
semalam kan, aku pergi lepak dengan miera kat rumah dia. alaaa, miera nasir tula. kawan aku tu. ihik. yang paling pelikkan, banyak betul kucing datang kat tempat kitaorang sembang. makin lama makin dekat pulak kan. sampaikan miera pun naik pelik dengan keadaan sedemikian
ok, idea aku dah kering
No comments:
Post a Comment